Sunday, December 18, 2011

::: Ikan Liko :::

Hi semua...Aritok tek, aku ekot Mr. meow ngail lagik...Syukor alhamdulillah..bernasib baik aritok...kail aku (*bila masalah aku ada kail..hihi kail pinjam sebenarnya) nyangkut sekok ikan yang agak besar juak....tadaaaa..memperkenalkan Ikan Liko seberat 1.7 kg....Aku x berapa kenal glak nama-nama ikan tok...aku lebih kepada ngap ngap sayot jak..hehe..tapi mengikut kata Tuan Punya Kolam tok..nama ikan tok adalah ikan Liko...kawan Mr. Meow ngatik-ngatik aku....cdak ngata ya Ikan Koi kedak dekat Taman Sahabat...hahah ada-ada jak....Silah lah layan gambar-gambar di bawah okay...:)


Tuesday, December 13, 2011

::: Kanak-Kanak dan Rama-Rama :::


Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama berhasil dikeluarkannya dari kepompong.

Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap.
Apa sebabnya?
Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.
Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.
Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuanmu.
Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi masalah kita.


Source:  http://www.isuhangat.net/

Tuesday, December 6, 2011

::: Cerita Jiran -Jiran :::

Tiba-tiba...
Auntie A: Piza, Auntie B (Jiranku yang satu lagik) suh ktk jaga baby Kak O (anak Auntie B) ari minggu tok. Dapat x?
Dalam keadaan terpinga-pinga,
Aku: Ari minggu tok.....Rasa kmk, kmk kereja (ari Ahad) Auntie...sebab ujung tahun, banyak glak projek kenal setel.....
Auntie A: Sebenarnya, Auntie B suh Auntie jaga...
Aku: Owh, kmk asa mek kerja Auntie....
lalu perbualan tergantung n terputus.......Why me?....Because aku suka miak kecik tapi why me?....urg dah berik amanah ngn kita kenak pass dgn org lain which is me......pelik lah....cuba diat conversation ya betol-betol...mun Auntie B mena-mena nak suh aku jaga cucu nya, kenak nya x come to me directly and tell me....kenak Auntie A perlu tanyak aku....
X suka lah situasi mcm tok.....masalah cdak, involve kan aku secara sik langsung, when i said i cant, polah muka ngn aku....so BORING......bukan ku x maok tolong but obviously mcm aku tok kenak pas mantak-mantak tanggungjawab org....Haiyakkk

::: Ikan Bertutu :::



Ikan Bertutu (according to tuan punya kolam memancing tok) seberat 2 kg. Se kg RM40....

Thursday, December 1, 2011

::: ZA: Total Hydration :::

ZA: Total Hydration
Hi Semua...Baruk tauk yang ZA ada kuarkan their new products range which is "Total Hydration"....Apa lagik aku..terus zass lah...cun pencuci muka ku pun dah aben, akupun teruslah zappp "ZA: Total Hydration Foamy Cleanser Fresh / Moist"....phewww....memang menepati kemahuankulah pencuci muka tok...x kering, fresh and clean.....
ZA: Future Defence

Actually, aku nang pengguna setia produk ZA sebab hujung nama aku pun ZA...serious...that is my only and initial reason... Then, bila aku start pake nya, nya betul2 suit dengan kulit muka ku, then aku pun continue lah. Aku start pake produk tok in 2008 masa aku final year time study dolok. Time ya ZA baruk keluarkan new product range which is "Future Defence"....aku pun terus zapp lah...
ZA: True White
ZA: Dewy Effect

Then, aku start combine guna ZA product dari range "True White" and "Dewy Effect"...kesemuanya suit dengn skin aku. I'm really satisfied so far, with all ZA product range....so kengkawan....try jangn sik try okay....

Monday, November 28, 2011

::: My Dear Diaries :::

Diary 2008

Diary 2009

Diary 2010

Diary 2011

Diary 2012
Hi semua... Actually aku dah start ber "Dear Diary" tok sejak sekolah menengah lagik...ada banyak gik diary aku..but  x tauk dah cne aku ngkahnya...mungkin dah ku buang....Aku ber "Dear Diary" tok bukan nya pake aku nulis ayat-ayat jiwang...tapi lebih kepada reminder untuk task-task penting, meeting, birthday friend and family and et cetera....Almaklumlah capacity otak ku agak limited and tahap pelupak ku pun boleh tahan juak...hehe so my Dear Diary aku tok adalah "Gadget" yg paling essential dalam hidupku....Umpama ungkapan iklan DSLR Canon..."Di setiap Gambar ada Lagu"....So macam yalah juak aku...."Di setiap Langkahku ada Diariku" yerrrrdehhh...Oklah Gudnite..Tata and Take Care...

Friday, November 25, 2011

::: Kisah Si Pendayung Sampan :::

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabu...ng uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.
Source: E-mail

Tuesday, November 15, 2011

::: Ole-ole Dari Shanghai :::

Pumpkin Jen Crisp
Hi semua...aritok agak bz tapi sempat juak aku menyelepat ngapdate blog...baruk kejap tadik colleague ku distribute ole-ole yg dibawak olehnya dari Shanghai, China. Nya baruk jak balit bercuti dari sia. Kadang-kdang syiok juak kerja kat ctok, sebab berpeluang jumpa colleague2 yang ada peluang n kesempatan jalan2 di negara luar. Cdakpun sangat kind dgn kita. Most of the time, bila cdak balit dari bercuti, cdak akan berik ole-ole dengan kita. Baitnya cdak... :)..Oklah sambung kerja dolok...

~Mudahan ada rezeki dapat jalan-jalan n nangga negara orang kelak. Amin~

Monday, November 14, 2011

::: Biar Mimpi Sampai Ke Bintang :::

Hi semua...otak tok dah tepu dah nak fokus molah kereja...waima kereja simple jak...so akupun meluncur laju surfing internet....hehe...jalan-jalan di blog beautiful nara tek...tertanggalah entry pasal telefilem tok, telefilem "Biar mimpi sampai ke bintang"...x pastilah sinopsis cerita tok mcm ne tapi mcm best jak sebab ada Randy Pangalila....yalah aku syiokkkk tu..hehe...mun nak diat video promo and treler telefilem filem tok, singgahlah ke blog Beautiful Nara okeyh...Maklumlah saya xpat mencemar duli ke You Tube..di block oleh cdak IT guy ofis ku....

Thursday, November 10, 2011

::: Membawa HP ke Sekolah Memang Satu Kesalahan, Tetapi... :::

Hi Semua...Pagi tadik aku turun lambat ke ofis sebab singgah ke sekolah adikku....
Bulan 6 lepas, adik aku ada ngembak HP (*HP mak aku) ke sekolah secara curi2 sebab last minute, mak aku xpat pick upnya pulang sekolah, then makcik aku yang tolong ambiknya...So tujuannya embak HP ya x lain n x bukan, supaya lebih senanglah nya contact dengan makcik aku ya..
Yesss...diakui ngembak HP ke sekolah adalah satu kesalahan....

Then, nasib x menyebelahi nya, guru disiplin sekolahnya dapat mengesan nya embak HP lalu dirampas....
So, adik akupun dikenakan dimerit dan amaran..... (*ini boleh diterima, sebab memang satu kesalahan membawa HP ke sekolah)

Then, cikgu ya juak madah HP tok hanya boleh dicollect di penghujung musim persekolahan oleh ibu bapa sahaja.... (*ini boleh diterima, sebab memang satu kesalahan membawa HP ke sekolah)

Sebelum ya, ari marek adik ku baruk diberitahu, untuk ambik balit HP ya, denda sebanyak RM50 turut dikenakan....baruk dapat balit HP ya....
So, minggu tok adalah minggu terakhir musim persekolahan untuk tahun tok, then aritok aku n mak aku pergi jumpa cekgu ya untuk merayu agar kmk orang dapat balit HP ya tanpa dikenakan sebarang bayaran sebanyak RM50...Bagi aku denda sebanyak RM50...sangat x relevan atas beberapa perkaralah. Tapi cekgu ya belum datang so kmk org deal dengan seorg cekgu yang memegang HP yang dirampas. Jadi aku pun madah dengan cekgu ya mcm tok.

Denda sebnyak RM50 sangat sik relevan sebab:
1. Adik saya sudah diberik amaran dan di merit
2. Dari hari pertama (bulan 6) cekgu merampas HP ya sampe ke hari tok (bulan 11), bagi akulah tempoh penahanan HP ya adalah satu denda juak
3. Denda secara tidak langsung adalah kepada emak aku koz nya terpaksa ngeluar duit lagik untuk membeli HP baru (*If dari awal tauk kenak denda RM50, mesti dari awal lagik kmk orang bayar, x perlu beli HP baru)

So ya adalah antara benda2 yang aku padah dengannya lah...
Then Cekgu ya madah nya boleh berik diskaun sebanyak 20% untuk bayaran denda ya...tetapi aku still merasakan apa2 bayaran untuk collect HP x relevant...
jadi aku madah dengan cikgu ya mcm tok
"tujuan kmk datang ke sekolah tok untuk collect HP n merayu agar x dikenakan bayaran, jika cekgu maseh xpat kompromi and tolak ansur, kmk seikhlas hati sedekah kan HP tok ke Pejabat Am sekolah untuk kegunaan pihak sekolah ataupun mun cekgu maseh maok duit juak, seredha n rela hati kmk serah pada cekgu untuk jual telefon ya...berapa yang dapat yalah bayaran denda yang nya telah tuntut"
then cekgu ya terus terdiam dengan kata-kata aku ya...
beberapa saat kemudian, nya madah benda tok boleh rondeng..tapi nya suruh kmk org datang kemudian because nya ada hal....
jadi aku terus madah mcm tok " cekgu suruh kmk datang kemudian, and hari tok kmk datang tapi sikda kata putus, bukan satu denda tambahan lagik ka pada kmk org? because, masa n minyak kereta kmk datang semata-mata  nak ngurus hal tok?"

cekgu ya diam lagik....

aku pun terus meluah lagik kat cekgu ya..
adik aku ada ceritalah lepas cekgu disiplin ya merampas HP nya, cekgu ya ada mebaca isi kandungan SMS dihadapan seluruh pelajar kelas lain....
Bagi aku, perkara tok amat menunjukkan satu etika yang agak rendah n x amanah...
Pada pendapat aku, cikgu dah merampas HP untuk memberi pengajaran pada pelajar, satu tindakan yang baguz lah, tapi membaca SMS pelajar dihadapan pelajar lain dah menunjukkan satu tindakan yang kurang baik....
so cekgu ya madah nya kesal dengan tindakan  cikgu disiplin yalah...itu sahaja....
ermmm....

akhirnya, HP ya maseh dalam simpanan pihak sekolah....

Aku x tauklah jika tindakan aku berjawab-jawab dengan cikgu tok satu tindakan yang jelik ka apa untuk sesuatu isu kecik n terpencil mcm tok...tapi aku sekadar meluahkan apa yang aku fikirkan sahaja....erm...
 

Wednesday, November 2, 2011

::: Selsema :::

Hi and Happee Wednesday...Aritok genap 2 hari aku x tentu tidur akibat selsema...Aduhai...aku paling sik sukalah mun kenak selsema...sebab susah lah nak tido...tido-tido manok jak..kejap kejap bangun....kejap kejap bangun...Bila kenak selsema tok, mesti aku teringat ngan mak aku. Mak aku ngidap penyakit asma yang agak kronik juak. Bila nya kenak asma, riso and takut aku dengan keadaannya. Tapi Alhamdulillah, lepas nya ngamal VCO kurang juaklah ampusnya datang.

Aritok, aku bekerja dalam keadaan sik selesa, sengot-sengot jak...hihi...
So before, aku mulakan kerja, macam biasalah, kita google duuuluuu cerita pasal SELSEMA... (*suka baaca benda-benda hal kedak tok)

Apa benda selsema tok?
Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. ~ efarmasi.com.my
 Petua hilangkan selsema

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:
1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

Source: petuasejagat.blogspot.com

Monday, October 31, 2011

::: Bila Gaji :::

Hi and Happy Monday semua...Aritok komponi kmk org PAYDAY....
Before menunggu ketibaan detik-detik payday ya, mesti kita semua molah "belanjawan negara" kita empun nak....aduhai memang banyak benda nak dibayar....kereta, ASB loan, SPA scholarship, credit card, berik mak berik bapak and etcetera.....
Kadang-kadang rasa sayang gilak nangga duit ya ditelan oleh machine...
Hari Payday tok umpama...
"Dari ATM machine kau datang, Dari ATM machine juak kau kembali"
Duit oh duit.....
Bila pikir-pikir...duit nang x pernah cukup...selagik dirik kita tok bernama "Insan Biasa yang berspeasis Perempuan"....paham-paham ajaklah.....
Ladies + Shopping = BFF
Kadang-kadang nak, bila payday...syiokkk jak nangga duit ya...rasa x maok bayar apa-apa n berik sapa-sapa...pake dirikpun jak....
Tapi, nelah boleh macam ya nak....
Hurmmm I should be more wisely in managing my money....
Tetapi....Aku sering menciptakan alasan aku empun bila membeli barang...
Contohnya nangga sepasang kasut di kedey tok...
lalulah ati ku madah " aku xda pesen kasut kedak tok"
then nangga sepasang baju tok....
mesti ati ku madah "aku xda baju warna kedak tok"
So kesimpulannya, aku rasa Ladies suka menciptakan alasan yang akan menghalalkan keinginannya untuk membeli sesuatu barang....hihi...
Bila dah dapat barang ya, hatipun berbunga-bunga matahari...
tapi semua ya bersifat sementara...then back to basic....
Duit cukup-cukup jak until next payday......

So, marilah kita sama-sama bijak berbelanja dan menguruskan kewangan....

Inspirational words for today:
Try not to become a man of success but a man of value ~ Albert Einstein

Friday, October 28, 2011

::: Makan SIPOOOT (Seafood) - Sugestion Please... :::

Hi semua,
Last Tuesday (25 October 2011) , bufday mak aku. Tetapi, memandangkan sesi menerima gaji belum lagik jadi postponelah niat ku nak blanja mak ku makan seafood. So sesiapa yang rajin memberi cadangan dialu-alukan. Cney tempat makan seafood yang best di Kuching tok selain dari Topspot Taman Kereta????
Thank-Q in advance kepada sesiapa yang sudi memberi komen/cadangan

::: Comic Doraemon Online :::

Hi semua and selamat hari Rabu....
Haisshhh malas jak rasanya turun kereja aritok...Iyalah kat negeri-negeri lain, cdak Public Holiday sempena perayaan Deepavali...Hanya Sarawak jak x cuti....
Happee Deepavali to all Indians in Malaysia and throughout the globe...
 
Kepada peminat-peminat tegar and x berapa tegar kepada karektor kartun Doraemon, aku ingin share link-link yang kitak orang dapat maca komiknya secara online. Syiokkk gituu bila dpt baca komiknya secara online. Dapat release tension sekejap. The following are several links to Doraemon online comic. CEKIDAUTTTTT...
 

So, ya adalah antara link-linknya. Actually banyak lagik webpagenya. Mun rajin silalah menggoogle ok..So selamat membaca and enjoyyy k
Words of wisdom:
As is a tale, so is life: not how long it is, but how good it is, is what matters. ~ Seneca 

Tuesday, October 25, 2011

::: Setengah Hari Sudah...:::

Hello everyone....
Dah setengah hari berlalu.......Tapi apa dipolah aku setengah hari yang lalu???.....
Yes thats right....aku bergoyang kaki macam ari marek juak.....and ada kerja baru bertambah tapi aku still juak ignore cdaknya.....tapi memberi tumpuan dengan masa RIADAH ku.....mungkin aku dah lamak x merasa masa-masa senggang macam tok....yalah aku terlalu MALAS untuk ngagak kerja....So, before mulakan kerja, mari kita WARMING UP dulu (*Haikk...macam x abis-abis jak warming up aku ya) dengan membaca komik DORAEMON online dulu....yeahhh...:)
Words of wisdom:
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself ~ Leo Tolstoy

::: FB Sudah Disekat :::

Hi Semua & Happee Tuesday....Seperti biasa, sebelum aku memulakan kerja-kerjaku, aku akan membaca doa dolok.....check e-mail....then WARMING UP......
Selalunya, akan bukak FB lah....tapi tiba-tiba dah xpat dah....opis ku dah memblock balit laman FB....Arum bulaknya apa sahaja perkataan yang ada perkataan "FACEBOOK", bila kita SEARCH, akan diblocknya....waduh2 ada pro and con nya.....
Pronya:
AKU AKAN LEBIH FOKUS DENGAN KEREJA...X KHAYAL GILAK
Connya:
AKU AKAN BORING...RASA X BEST

Xkanlah asyek menghadap kerja-kerja jak kan....STRESS kelak....
Tapi apapun....nasib bait ada TETER (TWITTER) bak kata KAK LEHOT....hihi.... 
Aku harap-harap juak....BLOGGER sikkan diblock juak....mun x bertambah-tambahlah keboringan aku tok.....HAIYAKKKK......
Word of wisdom for today:
A wise man learns by the mistakes of others,a fool by his own ~ Latin Proverb

Monday, October 24, 2011

::: Vanessa Chong & Moots Pop Shuvit Are Married :::

Hi and Happee Monday everyone...
Aritok rasa-rasanya aku makan gaji butak jak...koz aku x bekerja glak....
Hehe..tapi sekali sekala xpalah nak...
Lagikpun mcm lamak dah x duduk goyang kaki macam tok atas sebab-sebab bz da bee yang berlanjutan....
So, tadik aku pun menjalankan proses blogwalking ku...
So, singgahlah ke blog selebriti terkenal iaitu....Nana Mahazan...
So, dalam entry yang ditulis oleh beliau....
Baruk aku tauk yang Vanessa Chong and Moots Pop Shuvit..telah pun selamat disatukan dalam satu majlis adat-istiadat India....
Woohoo....
Aku minat giler ngan Vanessa Chong tok since nya masuk The Amazing Race Asia, Season 2...because she is so beautiful and energetic.....
Tapi x da pulak kedengaran nya duak berkahwin di dada akhbar atau saluran internet...
Mungkin cdak x war-warkan gilak...
(*Or, apakah aku yang x maca newspaper glak...Hihi)
Apapun Congratulation Vanessa Chong...:)
(*Waisehhh macamlah Vanessa Chong maca blog aku tok tek...hehe)

Friday, October 21, 2011

::: Jual Plastik Lagi :::

Hi semua,
Selasa lepas, aku menjual lagik barang2 plastik...
hoyeah..syukur..dapat RM7.20...
Harga plastik dah nait drpd RM0.30 sekilo kepada RM0.35 sekilo....
 Layan...:)
Botol2 plastik

Printer, Decoder Astro and etc

scanner

Motherboard...betulkah nama menatang tok..hihi

kamera zaman menseya marek

Botol2 plastik agik

Penimbang yang dah rosak

Barang-barang buangan di dalam perut Mr. Pika

Tadaaa hasil jualan...RM7.20
walopun sikit tapi semadi mencemar duli alam sekitar kan....
better kita kumpul n jual...
Save the environment...:)