Thursday, June 3, 2010

::: Jangan :::

Salam bersiaran....
ada gik hapdate blog..
hehe
kali tok entry insaf...dpt email tok dr kawan ku...
Renung2kan dan selamat beramal...:)





Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan
 kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.


Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti 
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati
 dalam perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya. 
Kalau gagal 
kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang
 terbaik untuk 
hamba ciptaanNya.

No comments:

Post a Comment

Thank you in advance for ur comments