Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah  kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang  berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan  begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan  berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh  keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan  memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari  kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama  berhasil dikeluarkannya dari kepompong.
Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap.
Apa sebabnya?
Apa sebabnya?
Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari  kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada  suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh  tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat  terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu  oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga  jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.
Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan  sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita.  Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang,  tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi  dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita  tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika  mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.
Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi  sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu  dengan mengerahkan segala kemampuanmu.
 Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh  berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi  masalah kita.
Source: http://www.isuhangat.net/




 
2 comments:
wah pija
ada je cite psal rerama ni
bagus2
hehe motivasi kan cita ni..:)
Post a Comment