::: RERAMA'S NOVEL GALLERY :::

Shelfari: Book reviews on your book blog

::: MY CHENTA - CHENTI :::

Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 28, 2011

::: Happee Raya Day :::


Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir n Batin,
Jika Ada Tersalah Kata,
Terkasar Bahasa,
Terbrutal Perilaku,
Kosong-kosong k

Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu satu makna buat kita...
dan hargai segala waktu dan ketika bersama dengan orang-orang yang tersayang..... 
kerna life is too short....

Bersyukur apa adanya....


 

Monday, August 8, 2011

::: Solat Tiang Agama :::

Salam semua....
ari sabtu lepas....aku jadi part time drebar mak ku...
so masa lalu jalan tun ahmad zaidi adruce,...
aku terpandang sesuatu.....
bila ku diat bena2.... rupa2nya...
aku nangga sorang pekerja construction tengah sembahyang zohor di tepi jalan...
terus ati ku asa sayu n insaf....
iyalah kita tok insan biasa yang leka bah....
bila tengok urg yg susah mcm ya....tekun mengerjakan perintah agama x kira tempat....atiku pun jadi sayu n insaf.....
Klik utk tumbesaran

Klik utk tumbesaran

So, sempena Ramadhan yang mulia tok...sama2lah kita cuba yg terbaik utk improve diri kita utk menjadi yg lebih baik okay....:)

Friday, August 5, 2011

::: 4 Isteri, Jagalah Yang Pertama :::


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Source: Blog Teh Secawan

Thursday, August 4, 2011

::: Had Kesabaran :::


Apabila sahabat kita kehilangan dompet ketika menghadiri ceramah di masjid, kita pasti akan mengatakan, "Sabar ya awak, pasti ada hikmah di sebalik semua ini."
Apabila adik kita menerima keputusan peperiksaan yang agak kurang memuaskan, kita tidak pernah lupa untuk berpesan, "Sabar ya adik, cuba lagi untuk peperiksaan yang akan datang."
Apabila guru kita kehilangan suami yang tersayang dalam sebuah kemalangan, kita juga cuba berkata, "Sabar ya cikgu, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solehin."
Mudah, cukup mudah untuk kita menyarankan kepada mereka yang ditimpa kesusahan untuk bersabar. Bagaimana dengan kita? Cukup sabarkah apabila menerima teguran? Cukup sabarkah untuk menerima sebuah kehilangan? Cukup sabarkah untuk menerima kegagalan? Cukup sabarkah untuk menerima kemarahan?
Lain orang lain ujiannya, lain orang, lain bahagiannya, hatta, jangan lupa bahawa kesenangan juga sebenarnya memerlukan kita untuk bersabar.
Surah AlBaqarah, ayat 286 :
"Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya."
Betapa penyayangnya Allah apabila memberi sesuatu sesuai dengan keadaan kita sendiri. Bahkan semua itu bukan sia-sia tanpa ada hikmah di sebaliknya. Jadi, frasa everything happen for good reasons juga adalah sangat tepat.
"Achik pernah dengar tak orang kata 'sabar pun ada hadnya'?" Abah memulakan bicara sambil memandu kereta dengan tenang. Saya mengangguk-angguk tanda mengiakan.
"Abah tak setuju dengan kata-kata macam itu, nak tahu kenapa?" sambung Abah lagi.
"Nak, nak!" saya menjawab dengan penuh teruja.
Mari kita rujuk kembali kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita pelajari dalam Fiqh Sirah Nabawiyyah. Ujian yang ditimpakan ke atas Baginda sangat hebat.
Kehilangan ayah sebelum dilahirkan, kematian ibu ketika masih kecil, datuk pula pergi menghadap yang Maha Esa ketika baru mahu bermanja, bapa saudara dijemput pulang ketika sedang menghadapi tekanan, kemuncak yang paling tinggi seterusnya pula ialah ketika Khadijah Binti Khuwailid dipanggil pulang oleh yang Maha Besar. Konklusinya, semua insan yang Baginda kasihi diambil kembali oleh Allah.
Belum lagi dikira ujian ketika mahu menyebarkan risalah-Nya. Dibaling najis, dihujani batu, dipulau oleh kaum sendiri, cedera dalam peperangan, dan macam-macam lagi. Zaman Baginda bukannya ada Facebook, YM, Skype, internet mahupun telefon bimbit seperti kita sekarang untuk digunakan bagi memudahkan penyebaran da'wah.
Namun berkat kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan kecekalan Baginda, Islam sampai kepada kita dan hari ini kita dapat mengenal Allah juga merasai indahnya Iman, alhamdulillah.
Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  Baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana Baginda merupakan seorang Rasulullah.
Sedarlah, Baginda juga manusia biasa seperti kita, yang membezakan cuma Baginda ditugaskan membawa risalah Allah serta mempunyai keimanan yang benar-benar mantap. Tambahan pula, ujian yang Baginda hadapi sesuai dengan kemampuan Baginda sendiri. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat, bukankah itu sifirnya?
"Sebab itu sabar sebenarnya tiada had, sabar itu indah, hanya kita yang perlu bijak memilih untuk sabar atau tidak," Abah menghabiskan tazkirah ringkasnya hari ini dengan senyuman.
"Kalau macam tu, Abah tak boleh marah-marah kitorang lagi lah kan?" saya mengusik.
"Itu dah masuk tarbiyatul awlad pulak, tak sama situasi," kata Abah meneruskan bicara.
"Hehe, baiklah Abah."
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepada-Nya, insya-Allah. Ingatlah bahawa kita ini hanyalah manusia yang fitrahnya lemah. Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t.
Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya!.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, July 26, 2011

::: Durian Cendol :::

Hello semua....
baru2 tok, company ku ada molah company trip ke Melaka....
kmk org pergi hari jumaat lepas n balit ahad ya tek....
ada cgek benda aku maseh terkenang maok makan agik
jeng jeng  aku maseh terkenang dengan Durian Cendol....
sila lihat gambar di bawah

Dont miss! Malacca most authentic dessert

Yummy yummy

Nang Sodap
Tok pun sedap juak
 haish tiba2 BK masok line indah..
hehe oklah 
tata n take k ea...

Thursday, July 21, 2011

::: Kejonjet :::

Menurut kamus pemikiran aku...
kejonjet bermaksud kejeron ataupun kenjar ataupun ngegeh....
hehe tapi bukan benda ya aku nak citakan sebenarnya...
tapi aku nak cerita pasal Mr. Meow ku yang salu suh aku asa mencik ngnnya...
tapi mencik2 sayanglah....

maok tauk apa benda  ya...
jum aku ungkaikan satu persatu kes nya:

KES 1
Mr. Meow: aritok makan sama aa...lak mek ambik ktk kat opis....
Aku: OK..ktk ambik mek k..mek tunggu...
15 MENET SEBELUM LUNCH HOUR

Aku: Mun ktk dah sampe opis ktk msg mek aa
Mr. Meow: Haaaa
Aku: Haaaa apa?...nak ka ktk madah nak ambik mek kat opis..ta makan sama ritok...(*aku mula nak mohanjedaro)
Mr. Meow: sori2 kmk mena2 lupak aie...sori aa...kelak jak kta makan sama....
Aku: klah xpalah...
LUNCH HOUR PUN TIBA

masa aku turun nak pergi ke arah keta....tiba2 jak ku diat ada keta itam memblock keta aku....
rupanya Mr. Meow tengah kekek tetak nangga aku.....

*mencikkk eh...
Mr. Meow: saja jak kmk tek....kmk nak nangga jungur panajng dapat nyangkut hanger bah....(*tetak kekek agik, aku pun tetak juak...nasib aku x pande glak merajuk....ingga bah nyawa)

KES 2
Aku: uit uit teman mek mkn KFC...asa nak makn popcorn chicken eh...
Mr. Meow: Ok ta makan kat KFC, Wisma Wan lah owh lak mek ambik ktk
DEKAT DEKAT NAK LUNCH

Mr. Meow: leh x ktk drive dirikpun gi Wisma Wan lak ta jumpa sia....
Aku: Ok (*dah start mohanjedaro)

LUNCH PUN TIBA
masa aku turun nak pergi ke arah keta....tiba2 jak ku diat ada agik keta itam memblock keta aku....
pikir tek Mr. Meow agik peduhal bukan.....

tiba2 aku terpandang ada sebuah keta itam main2 api kat aku ...
huh x lain x bukan Mr. Meow....terkekek2nya tetak nangga aku dari jauh sambil nya nutup mukanya tanda nya bersalah....

Mr. Meow: nak manas lah nya tek....
Aku: bencikkkk


KES 3

Aku: ingatkan kmk meli  colgate aaa....
Kinek-kinek ya juak...
Mr. Meow: oi oi beli colgate...udah mek ingatkan ktk boh nerepak pastok mun lupak....

huhu Geram jak..

yalah antara kes2 ngasak ati yang salu dipolah mr. meow ngn aku...tp nektok aku dah tauk mena....x tertipu lagik...ku balas ku balit....
hehehe

Klah tata n take...
happy working...

Wednesday, July 20, 2011

::: Di Dalam Kapalaku Tika Ini :::


OMGeee....
Saya sangat lapar....
Tiba2 sejak berkurun lamanya.....
saya rasa nak mamam KFC Pop Corn Chicken indah hehe...
lepas tok saya terusss zasss ke KFC yg berdekatan....
with Mr. Meow...
huhu...
selamat tenghari semua and happee lunch...

Friday, July 15, 2011

::: Boring Time :::

Bila boring carik benda pake kenyap2... Mr Blacky and Halk Big Fun Coconut Chocolate,,,

::: Menu Sarapan Hari Ini :::

Aik Kopi Susu + Keropok... Mr. Blacky Interfrem lagikk

Thursday, July 14, 2011

::: Yang Menarik Semalam :::

Hi Semua...
Oleh kerna ada semngt rajin ckittt utk update blog....
nahhh aku upload sikit gambar yang aku sempat snap ari marek..

gambar di debah tok adalah untuk kerja
"Industrial Effluent Characterization Study"
yakni menganalisis kandungan2 yang ada dalam sisa air buangan dari kilang...
secara normalnya...kilang2 kecik and etc. akan menyalurkan air sisa terus ke dalam parit besar tanpa sebarang treatment...then air dari parit besar terus disalurkan ke sungai ataupun laut.....
so adalah penting untuk menganalisis air sisa agar kita dapat mengetahui sama ada air sisa tersebut selamat ataupun tidak sebelum nya dilepaskan ke mana2 water receiving body....
kerna ada hidupan lain lagik dalam water receiving body ya...mun kita lepaskan air sisa yang berbahaya ke dalam sungai ataupun laut habis lah dak ikan2 n dak organisma lain....
benda2 tok akan kita makan n it will come back to us again....

So, kita mesti praktikkan diri kita jangnlah buang sesuka ati ke dalam longkang, sungei, laut dan sebagainya kerna ya salah satu nadi kehidupan kita.... ok....

semua anagkat tangan dan berjanji sekarang!!!!!
waiseh....

boleh jadi duta alam sekitar lah aku tok...waiseh.....

*verangan n perasan....

In-situ test measurement....utk parameter pH n temperature

kutip sample dekat final discharge point, b4 the water entering the drain

water sample for analysis

Bottle for Oil & grease parameter analysis


::: Orang Positif VS Orang Negatif :::

Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.

Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.

Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;

Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.

Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.

Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.

Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.

Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.

Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.

Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.

Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.

Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.

Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.

Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.

Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.

Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.

Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.

Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.

Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.

Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.

Posted @ www.isuhangat.net

Wednesday, July 13, 2011

::: Don't Be Sad :::

Salam bersiaran semua....
How I wish I can say to other people this sentence "please dont be sad, coz u make me sad too" but easy to say, susah bg org yg menanggungnya kan...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Tabahkanlah hati mereka yang sedang bersedih hati...
Kuatkanlah semnagt mereka....
Amin... 

 

::: Lunch Time :::

Makanan tika time sontok2 owh tedah...bersyukur apa adanya...:)

::: Kita Minum Dulu :::

Kita sarapan dulu...aih2 Mr. Blacky pun interprem juak...

Tuesday, July 12, 2011

::: Silent is Golden :::

Gudnite semua...
hehe ya jak nak dihapdate...rasa nak hapdate blog...tp idea pulak x banyak...
so saya nak hapdate dengan wish Selamat malam n sweet dreamz !!!
 
chaiyok2 utk tomolo and pray for the BEST uolll...:)
 
 

Monday, July 11, 2011

::: Hari Isnin Yang Biru :::


Salam bersiaran semua....
Tinggal 2 minggu lebih lagik kita kan menyambut kedatangan Ramadhan.....
x saba rasanya nunggu bulan puasa tok....
tapi saya belum aben lagik ganti puasa...hehehe
yup saya akan ganti puasa cepat2....

tapi mcm2 pulak bermain di minda aku tok....
aku terfikir....n bersimpati.....
mcm ne lah dengan famili atau org2 yg baruk jak kehilangn org yg tersayang...
camne cdak nak menghadapi bulan puasa....
n tambah2 lagi Hari Raya kelak.....

Aku kacian dengan famili Mr. meow ku...yalah nya baruk jak kehilangn abangnya...
waduh sedih pulak nak diceritakan d ctok...
tapi arwah meninggal disebabkan infection dekat paru2nya....
Al- Fatihah...
Aku harap cdak sefamili tabah....
bukan mudah nak nerimak semua tok koz...semua yang berlaku tok nang sekelip mata jak.....
yup it takes time to heal....


semua benda yang berlaku tok nyuruh aku lebih menghargai setiap detik kehidupan yang maseh sempat aku rasai tok...
tika bersama famili, org tersayang, kawan2 and semua org yang baru ku kenali....insyaAllah akan aku hargai....sebab life is too short....


okeyh2 jangn sedey2 lagik..dahlah monday selalu nya biru...xkan kita pun nurut juak hari yang biru tok nak hehe.....
oklah kawan2 jum ta polah kerja dengan bersungguh2 aritok sebelum datang agik kerja lain...
lak I xpat cuti panjang raya kelak....ngeraung I kelak.....hihihi


Tata n take k semua...:)

Thursday, July 7, 2011

::: Ran out of phone credits at 2am? :::

We know how inconvenient that can be. With Hotlink iChannels, you can top-up whenever, wherever! You can do it while you are surfing the net, on your mobile phone, or even at ATMs!

Try out the Top Up Adventure game where you’ve got the power to manage your friends’ top-ups. The more the top-ups, the more points you’ll get. Collect the most points and stand a chance to win an iPad 2 or an iPod Nano!

You’ve gotta check it out.

http://www.churpchurp.com/SFariza/share/HotlinkIChannels

::: MAD - Be Fuzz Free :::

MAD Deal of the Day: RM18 instead of RM45 for Pure Honey Waxing on the lower legs or the lower arms or the underarms area from My Body Secrets, The Strand.

Happen to brush against another and you are suddenly conscious of your fuzzy arms? Or are you walking around with cactus legs?

Be fuzz free this weekend!

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your link.

http://www.churpchurp.com/SFariza/share/MyBodySecrets1

::: Tips Awet Muda Yang Eazy Meezy :::


Salam bersiaran semua....
Semangat nak diet n sihat sudah kembali lagik...
aku tok mun hal2 nok awet muda, nok nak kurus ka, nok hal kesihatan....memang aku minat gila....
dolok aku bercita-cita nak menjadi ahli farmasi...
tetapi rezeki xda sampe ke sia...
tapi x apa...bersyukur apa adanya....
so tak org maok nampak awet mudak x????
maok kah ktk org ditegur rupa x IMBA dengan usia....
rupa kedak 20-an tapi rupanya umo dah 30-an...
syiokkk kan kedak ya....
so aku nak copy and tampal sesuatu di ctok...

8 Tips Mudah Awet Muda Untuk Diamalkan:
1) Tidur - Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2) Bersenam - Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3) Buah-Buahan & Sayuran - Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4) Minum Air - Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5) Jangan Merokok - Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6) Amalkan Pemakanan Seimbang - Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan.

7) Tangani Tekanan Dengan Bijak - Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8) Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik - fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Source: kevinzahri.com

 

::: MAD - Get the Royal Hair Treatment! :::

MAD Deal of the Day: RM59 instead of RM185 for Acca Kappa Hair Care Value Set + Wash, Blow & Trim at The Color Shop, 1 Utama.

Acca Kappa. Heard of it? Ambassadors such as Oprah Winfrey sings the sweetest tune about Acca Kappa.

We know you won't regret buying this salon session.

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your link.

 http://www.churpchurp.com/SFariza/share/AccaKappa