Wednesday, May 11, 2011

::: Jadilah Diri Sendiri :::


Alkisah, di puncak sebuah rumah api, kelihatan lampu rumah api yang gagah dengan sinarnya menerangi kegelapan malam. Lampu itu menjadi panduan bot-bot para nelayan mencari arah dan petunjuk menuju pulang.
Dari jauh, pada sebuah jendela kecil di rumah penjaga rumah api, sebuah lampu minyak setiap malam melihat dengan perasaan iri hati ke arah rumah api. Dia mengeluhkan keadaan dirinya
”Aku hanyalah sebuah lampu minyak yang berada di dalam rumah yang kecil dan gelap.
Sungguh menyedihkan, memalukan dan tidak terhormat. Sedangkan lampu rumah api di atas sana, kelihatan sangat hebat, terang dan perkasa.
Ah …. Jika aku berada di rumah api itu, pasti hidupku akan lebih bererti, kerana akan banyak orang yang melihat kepadaku dan aku pun boleh membantu kapal para nelayan menemui arah untuk membawanya pulang ke rumah mereka dan keluarganya.
Suatu ketika, di suatu malam yang pekat, pekerja rumah api membawa lampu minyak untuk menerangi jalan menuju rumah api. Setibanya di sana, penjaga itu meletakkan lampu minyak di dekat rumah api dan meninggalkannya di sebelah lampu rumah api.
Lampu minyak merasa sangat gembira. Impiannya menjadi kenyataan. Akhirnya, aia boleh bersanding dengan rumah api yang gagah.
Tetapi, kegembiraannya hanya sesaat. Ini kerana perbandingan cahaya yang tidak seimbang, maka tidak seorang pun yang melihat atau memperhatikan lampu minyak. Bahkan, jika dari jauh, lampu minyak hampir tidak nampak sama sekali kerana begitu lemah dan kecil.
Di masa itu, lampu itu menyedari satu perkara.
Dia tahu bahawa untuk menjadikan dirinya bererti, dia harus berada di tempat yang tepat, iaitu di dalam sebuah bilik. Tidak kira berapa kotor, kecil dan usangnya bilik itu tetapi di sanalah dia lebih bermanfaat.
Kerana walaupun cahayanya tidak sebesar rumah api, lampu kecil itu juga boleh memancarkan sinarnya menerangi kegelapan untuk orang lain.
Lampu minyak kini tahu, sifat iri hati kerana selalu membandingkan diri dengan yang lain, membuatkan dirinya tidak bahagia dan tidak berfaedah.
Kita selalu tidak percaya dengan diri kita sendiri. Kita membandingkan diri kita dengan orang lain, dan merasa orang lain lebih kaya, lebih pintar, lebih tampan/cantik dari kita dan sebagainya. Dan kita sering membuang waktu kita untuk berkhayal seandainya kita menjadi seperti orang lain.
Padahal dengan menjadi orang lain, dengan berada pada posisi orang lain, dengan segala kekayaan dan kecerdasan atau segala bakat yang sama seperti yang dimiliki orang lain, belum tentu kita boleh berkembang atau memperolehi kebahagiaan seperti yang kita harapkan. Kerana semua orang memiliki kelebihan dan peranannya masing-masing.
Lebih baik kita fokus pada apa yang kita miliki, dan kembangkan segala potensi yang ada.

Source @ www.isuhangat.net

4 comments:

  1. Sangat setuju ngan entri tuk.. Best eh cerita tuk.. SUngguh mendalam pengajarannya.. Tq for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Wa Khairul: kmkpun suka juak entri tok wa...setiap orang ada kelebihan masing2..hargai n syukur apa yg ada pada dirik sendirik...:)

    ReplyDelete
  3. sokong~! yala tek...harus bersyukur dgn apa yg ada...n kembangkan lg..yerr...

    ReplyDelete
  4. betul2...flying without wing heheh yodehhh...

    ReplyDelete

Thank you in advance for ur comments