Alkisah, di puncak sebuah rumah api, kelihatan lampu rumah api yang  gagah dengan sinarnya menerangi kegelapan malam. Lampu itu menjadi  panduan bot-bot para nelayan mencari arah dan petunjuk menuju pulang.
Dari jauh, pada sebuah jendela kecil di rumah penjaga rumah api,  sebuah lampu minyak setiap malam melihat dengan perasaan iri hati ke   arah rumah api. Dia mengeluhkan keadaan dirinya
”Aku hanyalah sebuah lampu minyak yang berada di dalam rumah yang kecil dan gelap. 
Sungguh menyedihkan, memalukan dan tidak terhormat. Sedangkan lampu  rumah api di atas sana, kelihatan sangat hebat, terang dan perkasa. 
Ah …. Jika aku berada di rumah api itu, pasti hidupku akan lebih  bererti, kerana akan banyak orang yang melihat kepadaku dan aku pun  boleh membantu kapal para nelayan menemui arah untuk membawanya pulang  ke rumah mereka dan keluarganya.
Suatu ketika, di suatu malam yang pekat, pekerja rumah api membawa  lampu minyak untuk menerangi jalan menuju rumah api. Setibanya di sana,  penjaga itu meletakkan lampu minyak di dekat rumah api dan  meninggalkannya di sebelah lampu rumah api. 
Lampu minyak merasa sangat gembira. Impiannya menjadi kenyataan. Akhirnya, aia boleh bersanding dengan rumah api yang gagah. 
Tetapi, kegembiraannya hanya sesaat. Ini kerana perbandingan cahaya  yang tidak seimbang, maka tidak seorang pun yang melihat atau  memperhatikan lampu minyak. Bahkan, jika dari jauh, lampu minyak hampir  tidak nampak sama sekali kerana begitu lemah dan kecil.
Di masa itu, lampu itu menyedari satu perkara. 
Dia tahu bahawa untuk menjadikan dirinya bererti, dia harus berada di  tempat yang tepat, iaitu di dalam sebuah bilik. Tidak kira berapa  kotor, kecil dan usangnya bilik itu tetapi di sanalah dia lebih  bermanfaat. 
Kerana walaupun cahayanya tidak sebesar rumah api, lampu kecil itu  juga boleh memancarkan sinarnya menerangi kegelapan untuk orang lain. 
Lampu minyak kini tahu, sifat iri hati kerana selalu membandingkan  diri dengan yang lain, membuatkan dirinya tidak bahagia dan tidak  berfaedah.
Kita selalu tidak percaya dengan diri kita sendiri. Kita  membandingkan diri kita dengan orang lain, dan merasa orang lain lebih  kaya, lebih pintar, lebih tampan/cantik dari kita dan sebagainya. Dan  kita sering membuang waktu kita untuk berkhayal seandainya kita menjadi  seperti orang lain.
Padahal dengan menjadi orang lain, dengan berada pada posisi orang  lain, dengan segala kekayaan dan kecerdasan atau segala bakat yang sama  seperti yang dimiliki orang lain, belum tentu kita boleh berkembang atau  memperolehi kebahagiaan seperti yang kita harapkan. Kerana semua orang  memiliki kelebihan dan peranannya masing-masing. 
Lebih baik kita fokus pada apa yang kita miliki, dan kembangkan segala potensi yang ada.
Source @ www.isuhangat.net



 
4 comments:
Sangat setuju ngan entri tuk.. Best eh cerita tuk.. SUngguh mendalam pengajarannya.. Tq for sharing :)
Wa Khairul: kmkpun suka juak entri tok wa...setiap orang ada kelebihan masing2..hargai n syukur apa yg ada pada dirik sendirik...:)
sokong~! yala tek...harus bersyukur dgn apa yg ada...n kembangkan lg..yerr...
betul2...flying without wing heheh yodehhh...
Post a Comment