::: RERAMA'S NOVEL GALLERY :::

Shelfari: Book reviews on your book blog

::: MY CHENTA - CHENTI :::

Daisypath Friendship tickers

Monday, November 28, 2011

::: My Dear Diaries :::

Diary 2008

Diary 2009

Diary 2010

Diary 2011

Diary 2012
Hi semua... Actually aku dah start ber "Dear Diary" tok sejak sekolah menengah lagik...ada banyak gik diary aku..but  x tauk dah cne aku ngkahnya...mungkin dah ku buang....Aku ber "Dear Diary" tok bukan nya pake aku nulis ayat-ayat jiwang...tapi lebih kepada reminder untuk task-task penting, meeting, birthday friend and family and et cetera....Almaklumlah capacity otak ku agak limited and tahap pelupak ku pun boleh tahan juak...hehe so my Dear Diary aku tok adalah "Gadget" yg paling essential dalam hidupku....Umpama ungkapan iklan DSLR Canon..."Di setiap Gambar ada Lagu"....So macam yalah juak aku...."Di setiap Langkahku ada Diariku" yerrrrdehhh...Oklah Gudnite..Tata and Take Care...

Friday, November 25, 2011

::: Kisah Si Pendayung Sampan :::

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabu...ng uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.
Source: E-mail

Tuesday, November 15, 2011

::: Ole-ole Dari Shanghai :::

Pumpkin Jen Crisp
Hi semua...aritok agak bz tapi sempat juak aku menyelepat ngapdate blog...baruk kejap tadik colleague ku distribute ole-ole yg dibawak olehnya dari Shanghai, China. Nya baruk jak balit bercuti dari sia. Kadang-kdang syiok juak kerja kat ctok, sebab berpeluang jumpa colleague2 yang ada peluang n kesempatan jalan2 di negara luar. Cdakpun sangat kind dgn kita. Most of the time, bila cdak balit dari bercuti, cdak akan berik ole-ole dengan kita. Baitnya cdak... :)..Oklah sambung kerja dolok...

~Mudahan ada rezeki dapat jalan-jalan n nangga negara orang kelak. Amin~

Monday, November 14, 2011

::: Biar Mimpi Sampai Ke Bintang :::

Hi semua...otak tok dah tepu dah nak fokus molah kereja...waima kereja simple jak...so akupun meluncur laju surfing internet....hehe...jalan-jalan di blog beautiful nara tek...tertanggalah entry pasal telefilem tok, telefilem "Biar mimpi sampai ke bintang"...x pastilah sinopsis cerita tok mcm ne tapi mcm best jak sebab ada Randy Pangalila....yalah aku syiokkkk tu..hehe...mun nak diat video promo and treler telefilem filem tok, singgahlah ke blog Beautiful Nara okeyh...Maklumlah saya xpat mencemar duli ke You Tube..di block oleh cdak IT guy ofis ku....

Thursday, November 10, 2011

::: Membawa HP ke Sekolah Memang Satu Kesalahan, Tetapi... :::

Hi Semua...Pagi tadik aku turun lambat ke ofis sebab singgah ke sekolah adikku....
Bulan 6 lepas, adik aku ada ngembak HP (*HP mak aku) ke sekolah secara curi2 sebab last minute, mak aku xpat pick upnya pulang sekolah, then makcik aku yang tolong ambiknya...So tujuannya embak HP ya x lain n x bukan, supaya lebih senanglah nya contact dengan makcik aku ya..
Yesss...diakui ngembak HP ke sekolah adalah satu kesalahan....

Then, nasib x menyebelahi nya, guru disiplin sekolahnya dapat mengesan nya embak HP lalu dirampas....
So, adik akupun dikenakan dimerit dan amaran..... (*ini boleh diterima, sebab memang satu kesalahan membawa HP ke sekolah)

Then, cikgu ya juak madah HP tok hanya boleh dicollect di penghujung musim persekolahan oleh ibu bapa sahaja.... (*ini boleh diterima, sebab memang satu kesalahan membawa HP ke sekolah)

Sebelum ya, ari marek adik ku baruk diberitahu, untuk ambik balit HP ya, denda sebanyak RM50 turut dikenakan....baruk dapat balit HP ya....
So, minggu tok adalah minggu terakhir musim persekolahan untuk tahun tok, then aritok aku n mak aku pergi jumpa cekgu ya untuk merayu agar kmk orang dapat balit HP ya tanpa dikenakan sebarang bayaran sebanyak RM50...Bagi aku denda sebanyak RM50...sangat x relevan atas beberapa perkaralah. Tapi cekgu ya belum datang so kmk org deal dengan seorg cekgu yang memegang HP yang dirampas. Jadi aku pun madah dengan cekgu ya mcm tok.

Denda sebnyak RM50 sangat sik relevan sebab:
1. Adik saya sudah diberik amaran dan di merit
2. Dari hari pertama (bulan 6) cekgu merampas HP ya sampe ke hari tok (bulan 11), bagi akulah tempoh penahanan HP ya adalah satu denda juak
3. Denda secara tidak langsung adalah kepada emak aku koz nya terpaksa ngeluar duit lagik untuk membeli HP baru (*If dari awal tauk kenak denda RM50, mesti dari awal lagik kmk orang bayar, x perlu beli HP baru)

So ya adalah antara benda2 yang aku padah dengannya lah...
Then Cekgu ya madah nya boleh berik diskaun sebanyak 20% untuk bayaran denda ya...tetapi aku still merasakan apa2 bayaran untuk collect HP x relevant...
jadi aku madah dengan cikgu ya mcm tok
"tujuan kmk datang ke sekolah tok untuk collect HP n merayu agar x dikenakan bayaran, jika cekgu maseh xpat kompromi and tolak ansur, kmk seikhlas hati sedekah kan HP tok ke Pejabat Am sekolah untuk kegunaan pihak sekolah ataupun mun cekgu maseh maok duit juak, seredha n rela hati kmk serah pada cekgu untuk jual telefon ya...berapa yang dapat yalah bayaran denda yang nya telah tuntut"
then cekgu ya terus terdiam dengan kata-kata aku ya...
beberapa saat kemudian, nya madah benda tok boleh rondeng..tapi nya suruh kmk org datang kemudian because nya ada hal....
jadi aku terus madah mcm tok " cekgu suruh kmk datang kemudian, and hari tok kmk datang tapi sikda kata putus, bukan satu denda tambahan lagik ka pada kmk org? because, masa n minyak kereta kmk datang semata-mata  nak ngurus hal tok?"

cekgu ya diam lagik....

aku pun terus meluah lagik kat cekgu ya..
adik aku ada ceritalah lepas cekgu disiplin ya merampas HP nya, cekgu ya ada mebaca isi kandungan SMS dihadapan seluruh pelajar kelas lain....
Bagi aku, perkara tok amat menunjukkan satu etika yang agak rendah n x amanah...
Pada pendapat aku, cikgu dah merampas HP untuk memberi pengajaran pada pelajar, satu tindakan yang baguz lah, tapi membaca SMS pelajar dihadapan pelajar lain dah menunjukkan satu tindakan yang kurang baik....
so cekgu ya madah nya kesal dengan tindakan  cikgu disiplin yalah...itu sahaja....
ermmm....

akhirnya, HP ya maseh dalam simpanan pihak sekolah....

Aku x tauklah jika tindakan aku berjawab-jawab dengan cikgu tok satu tindakan yang jelik ka apa untuk sesuatu isu kecik n terpencil mcm tok...tapi aku sekadar meluahkan apa yang aku fikirkan sahaja....erm...
 

::: Sometimes :::

Wednesday, November 2, 2011

::: Selsema :::

Hi and Happee Wednesday...Aritok genap 2 hari aku x tentu tidur akibat selsema...Aduhai...aku paling sik sukalah mun kenak selsema...sebab susah lah nak tido...tido-tido manok jak..kejap kejap bangun....kejap kejap bangun...Bila kenak selsema tok, mesti aku teringat ngan mak aku. Mak aku ngidap penyakit asma yang agak kronik juak. Bila nya kenak asma, riso and takut aku dengan keadaannya. Tapi Alhamdulillah, lepas nya ngamal VCO kurang juaklah ampusnya datang.

Aritok, aku bekerja dalam keadaan sik selesa, sengot-sengot jak...hihi...
So before, aku mulakan kerja, macam biasalah, kita google duuuluuu cerita pasal SELSEMA... (*suka baaca benda-benda hal kedak tok)

Apa benda selsema tok?
Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. ~ efarmasi.com.my
 Petua hilangkan selsema

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:
1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

Source: petuasejagat.blogspot.com