::: RERAMA'S NOVEL GALLERY :::

Shelfari: Book reviews on your book blog

::: MY CHENTA - CHENTI :::

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, May 11, 2011

::: Tika Stress :::

Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya
“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.
Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.
“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……
Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!
Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Source: www.isuhangat.net

7 comments:

Amni said...

yeahhh! good advice... tapi nak... kmk ari2 nang ninggal beban ya sik alang2.. cara2 nya adalh dengan blogging di opis.. hahaha... gila kamek tok mun dah aktif blogging....

Amni said...

kamek nak madah... nuffnang kitak nak dibah belah kirik ya menyebabkan kamek sikpat klik blog lain kat area ya. oh.. kenapa?

RaMa-RaMa Fareeza said...

amni: owh yeaahhh baguz bah blogging seronok yang tersendiri heheh..ya salah satu meluah masalah....
nuffnang ya ktk minimize kan ajak heheh

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

wah!kak vee suka entri tuk...
kak vee suka! terimak kaseh lalingku atas perkongsian entri tuk =0).

ztie said...

blogging nang best... tp lmk tk kmk sikda glak idea nak blogging... mala ngantok kali ow. aie.. apa ka.. hahaha

RaMa-RaMa Fareeza said...

Kak Vivi: sesama kak vivi..hehe kmk pun suka entri tok....mun mek stress kmk baca ulang2 kali

RaMa-RaMa Fareeza said...

ztie: jeng jeng hehehe mesti ktk bz the bee tok..hehhe apa nak ka dipolah ya mala ngantuk jak heheh...guro jak :)